shadow

Jurucakap publisiti MCA itu berkata perkara seumpamanya perlulah dibincangkan di dalam kabinet atau agensi berkaitan dan bukannya dinyatakan kepada umum.

“Selepas berbulan latihan di kem dan membahayakan diri di barisan hadapan pertahanan negara, menteri pertahanan tidak seharusnya melemahkan semangat tenteranya.

“Ini yang dilakukan Mohamad apabila memaklumkan Dewan Rakyat bahawa dari segi kekuatan tentera laut dan tentera udara kita berada di bawah sekali,” katanya.

Mengimbas insiden pencerobohan di Sabah lima tahun lalu yang mengorbankan 10 anggota keselamatan negara, Ti mengingatkan bahawa kenyataan Mohamad itu boleh membuka pintu kepada pengganas atas tentera militan luar untuk cubaan serangan baru.

Ti juga mempersoalkan bahawa sekiranya kenyataan Mohamad itu benar, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) tidak akan menggunakan khidmat tentera Malaysia untuk misi keamanan di negara yang terlibat dalam konflik perang.

“Berdasarkan maklumat dari Misi Keamanan PBB, Malaysia terletak di ranking kelapan tertinggi sebagai penyumbang tentera kepada PBB di Asia, iaitu menyumbang sebanyak 887 tentera kepada misi PBB setakat Oktober 2017.

“Sejak Oktober 1960, selepas Malaysia menghantar kontinjen pertama seramai 3,500 dari Rejimen Askar Melayu DiRaja ke operasi PBB di Congo, Malaysia setelah itu turut terlibat lebih 30 operasi keamanan di Lubnan, Kemboja dan negara lain,” katanya.
Ti juga menyifatkan kenyataan pegawai akhbar Mohamad yang dipetik dalam laporan NST hari ini berhubung keperluan meningkatkan aset tentera untuk menguatkan angkatan tentera sebagai ‘damage control’.

“Bukankah itu perkara piawai bagi semua angkatan tentera seluruh dunia, tapi mereka tidak umumkan betapa lemahnya angkatan tentera mereka.

Komen & Pendapat