Membawang Hari Ini

Nak Jadi Penyanyi, Jangan Takut Bersaing – Faizal Tahir

SHAH ALAM: Penyanyi dan komposer, Faizal Tahir mencabar bakat baharu supaya berani mengambil risiko dan mempunyai semangat juang yang tinggi sekiranya mahu bertahan dalam industri muzik.

Katanya, tidak wajar mereka yang masih bertatih dalam industri hiburan menarik diri daripada menyertai pertandingan, terutama jika turut disertai penyanyi senior hanya kerana gentar menghadapi persaingan.

“Mereka perlu berani menyahut cabaran. Dulu, ketika baru bermula, apabila mendapat tahu penyanyi senior seperti Datuk Seri Nurhaliza bertanding, seboleh-bolehnya saya juga mahu ikut serta.

“Saya perlu desak diri kerana ingin melihat sejauh mana kemampuan dalam industri muzik,” katanya.

Penyanyi lagu Mahakarya Cinta itu berkata demikian ketika mengulas tindakan seorang peserta program realiti yang mengeluarkan kenyataan enggan bertanding sekiranya terpaksa bersaing dengan penyanyi yang sedang mencipta nama.

Mengulas lanjut, Faizal berkata, dia menegur kerana mahu penyanyi baharu itu sedar dan membuka mata supaya berani bersaing jika ingin maju dalam industri muzik.

Sementara itu, Siti Nurhaliza pula berpendapat, bakat baharu yang digelar sebagai ‘Budak Baru Nak Nak Up’ atau BBNU perlu mempunyai identiti tersendiri jika mahu dikenali peminat.

Katanya, mereka juga perlu kreatif dan sentiasa mengasah kemampuan vokal jika mahu menyerlah berdiri setanding penyanyi senior lain.

“Paling penting, jangan malas bertanya pendapat mereka yang lebih arif untuk memastikan persembahan sentiasa bertenaga dan menarik,” katanya.-BH

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");