Perak Hari Ini

Ruang Perniagaan SUKMA Dibuka Pada Semua

IPOH:Ruang untuk berniaga tidak terbatas hanya kepada penduduk negeri ini biarpun selaku tuan rumah kepada penganjuran Sukan Malaysia (Sukma) Ke-19.

Exco Agama dan Pendidikan Islam, Industri, Luar Bandar dan Pembangunan Usahawan negeri, Asmuni Awi berkata peluang berniaga sempena temasya sukan itu akan dibuka kepada semua dan tidak terbatas kepada penduduk negeri ini sahaja.

“Kita akan berikan peluang kepada semua pihak dan pastinya keutamaan akan diberikan kepada peniaga tempatan,” katanya semasa menjawab soalan tambahan daripada Adun Temengor Salbiah Mohamed pada sesi persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang memasuki hari keempat hari ini.

Bagaimanapun tegasnya ruang perniagaan itu juga adalah terhad dan permintaan yang tinggi hingga terdapat rungutan diterima berkaitan perkara tersebut.

“Kita akan cuba memuaskan hati semua pihak,”katanya.

Terdahulu Asmuni turut mengakui Kerajaan Negeri bersedia untuk bekerjasama dengan golongan anak muda yang ingin menceburi bidang perniagaan.

Katanya pelbagai bantuan disalurkan oleh pelbagai agensi antaranya SME Corp. Malaysia yang menyediakan platform untuk golongan belia yang mempunyai minat berniaga untuk merealisasikan perniagaan mereka.

Antara bantuan yang disediakan katanya adalah bantuan berbentuk latihan dan bantuan kewangan di bawah Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera (TUBE).

“Sehingga Jun 2018, Program TUBE telah mendapat 4,422 penyertaan belia, yang mana 4,399 (99 peratus) daripada mereka telah mendaftarkan perniagaan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan telah memulakan operasi perniagaan,”katanya.

Sehingga kini katanya perniagaan yang dijalankan telah mencatatkan jualan terkumpul berjumlah RM82.9 juta dan mewujudkan 6,544 jumlah perniagaan dijalankan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");