Berita Hari Ini

Pedagang: Dr M Dapat Betulkan Kelemahan Khazanah

KUALA LUMPUR: Pelantikan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai pengerusi lembaga pengarah Khazanah Nasional Bhd yang baharu, dapat membetulkan segala kesilapan, kelemahan dan kekurangan syarikat itu, menurut Persatuan Pedagang Asean.

Presidennya Datuk Moehamad Izat Emir berkata pelantikan perdana menteri itu juga berupaya memulihkan kembali dengan segera prestasi perniagaan dengan bijak dan mantap dalam melaksanakan arah tuju dan objektifnya untuk memenuhi hasrat dan harapan rakyat.

“Antara langkah yang saya yakin akan diperbetulkan dan dipertingkatkan ialah membersihkan semua aspek ketirisan dan proses yang lebih teratur, bermakna dan adil.

“Langkah ini supaya tiada pilih kasih dan kepentingan diri oleh mana-mana pihak yang dipertanggungjawabkan memimpin syarikat milik kerajaan (GLC) untuk menjayakan industri dalam negeri supaya lebih maju dan bergerak pantas bertaraf antarabangsa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata Dr Mahathir akan memainkan peranan utama membantu peniaga kecil khususnya Melayu dan Bumiputera.

Katanya, pelantikan perdana menteri itu juga secara tidak langsung akan menanam semangat baharu untuk bekerjasama dengan dasar baharu kerajaan.

“Saya termasuk seluruh barisan jawatankuasa sebulat suara menyokong penuh pelantikan perdana menteri sebagai pengerusi lembaga pengarah Khazanah yang baharu,” katanya.

 

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");