Perak Hari Ini

Perlu Kerja Keras Tarik Pelabur Perhotelan: Ahmad Faizal

Kerajaan Perak sedang berusaha untuk menarik lebih ramai pelabur dalam sektor perhotelan ke negeri itu berikutan permintaan bilik hotel yang begitu memberansangkan.

Menteri Besar, Ahmad Faizal Azumu berkata terdapat rungutan dikalangan pengunjung ke negeri itu berkaitan kekurangan bilik hotel terutama di bandar Ipoh.

Justeru dalam usaha untuk meningkatkan bilangan pelancong ke Perak, kerajaan negeri akan merangka beberapa perancangan bagi menarik pelabur bidang perhotelan.

“Saya dapati, Perak terutamanga di Ipoh mengalami kekurangan jumlah bilik hotel. Kita perlu segerakan atasi perkara ini.

“Jumlah kedatangan pelancong begitu tinggi saban tahun dan agak merugikan jika kita kekurangan bilik untuk pelancong menginap.

“Sebab itu kerajaan negeri merasakan satu usaha untuk menarik lebih banyak pelabur perlu bagi pembinaan hotel,” katanya pada sidang media selepas melancarkan Pavilion Extreme di PWTC, hari ini.

Menerusi program berkenaan menurut Ahmad Faizal, ia diharap dapat mempromosi aktiviti sukan lasak yang terdapat di Perak.

Katanya, terdapat pelbagai sukan lasak seperti Eksporasi Gua, Water Rafting, Rock Climbing dan sebagai di Perak.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");