Perak Hari Ini

Penamatan Perjanjian Pemilikan Harta Intelek Tidak Jejaskan MAPS

IPOH: Movie Animation Park Studios (MAPS) mengesahkan bahawa perjanjian pemilikan harta intelek yang dimeterai dengan DreamWorks Animation L.L.C ke atas kawasan tarikan DreamZone ditamatkan 31 Julai lau.

Ketua Pegawai Operasinya, Shafeii Abdul Gaffor berkata penamatan perjanjian tersebut tidak akan memberi impak kepada MAPS sebaliknya yakin ia akan membantu membangunkan lagi taman tema itu.

Jelasnya, disebabkan perjanjian pemilikan harta intelek itu, MAPS terikat dengan beberapa perkara dengan DreamWorks khususnya melibatkan pengurusan dan promosi.

Tambahnya, perjanjian tersebut juga merupakan antara punca utama kelewatan pembukaan DreamZone serta kerugian besar yang ditanggung Perak Corporation Bhd (PCB).

“Kita laburkan dengan jumlah wang yang besar untuk membina fasiliti tersebut. Apa pula yang mereka rugi? Tiada, sebaliknya hanya kos pembayaran lanjutan daripada kita.

“Walau bagaimanapun, kita akan bersedia dengan sebarang kemungkinan,” katanya kepada pemberita dalam sidang media Malaysiaku Merdekaku Bersama Boboiboy di Siveritage, dekat sini, petang tadi.

Ujarnya, pihaknya kini sedang mendapatkan beberapa pemain industri lain bagi menjalinkan usahasama dengan MAPS untuk menguruskan kawasan tarikan tersebut.

Kata Shafeii, orang ramai juga kini dipelawa untuk menjemanakan semula kawasan yang mempunyai tujuh tarikan dan permainan itu dengan nama yang baharu.

“Kita akan membukanya secara rasmi pada 31 Ogos, dengan nama baharu. Orang ramai bakal berpeluang menikmati lebih 90 peratus tarikan yang ada,” jelasnya.

Pertandingan menamakan zon itu akan bermula pada 13 Ogos ini yang mana ia menyediakan hadiah utama wang tunai bernilai lebih RM1,000, lima tiket ke MAPS dan peluang bermalam di Hotel Casuarina, Meru Raya.

Pada perkembangan sama, Shafeii berkata dengan penamatan perjanjian pemilikan harta intelek itu, pihaknya tidak menafikan harga tiket MAPS dan harga makanan di dalam taman tema tersebut akan jauh lebih murah berbanding sebelum ini.

Shafeii turut berkata pada masa hadapan, MAPS berkemungkinan akan diperluaskan lagi selain bakal mempunyai sebuah hotel dan resort dalam taman tema tersebut.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");