Perak Hari Ini

PKNP-Mobile Starhill Jalin Kerjasama, Sasar Wujudkan 10,000 Peluang Pekerjaan

IPOH: Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) bersetuju untuk bekerjasama dengan Mobile Starhill (M) Sdn Bhd bagi membangunkan tanah seluas 100 ekar di daerah Mualim.Menteri Besar Perak, Ahmad Faizal Azumu berkata,  kerjasama itu dibuat bagi tujuan menarik minat pasaran automotif terbesar di rantau ini.

Jelas beliau, pelaburan prospektif itu dijangka akan mewujudkan 10,000 peluang pekerjaan bagi tenaga mahir dan juga mampu menarik pelabur tempatan serta luar negara dari sektor automotif.

Ujarnya, kerajaan negeri juga akan mempercepatkan proses pembangunan kawasan industri di kawasan berkenaan yang difahamkan berada berhampiran dengan Kilang Proton di Proton City.

“Saya bersyukur kerana pihak Mobile Starhill bersetuju untuk bekerjasama dengan PKNP dan saya ucapkan tahniah kepada pentadbiran baharu PKNP yang berjaya menarik minat pihak swasta seperti Mobile Starhill untuk menjalankan kerjasama,” katanya.

Tambahnya, Mobile Starhill akan bertanggungjawab membawa seramai mungkin para vendor terutamanya daripada syarikat automotif Proton mahupun Geely yang kebanyakkannya berada di Shah Alam, untuk berpindah ke Mualim.

Beliau berkata demikian kepada pemberita dalam satu sidang media selepas menyaksiakan acara menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara PKNP dengan Mobile Starhill di Bangunan Perak Darul Ridzuan, dekat sini, pada Rabu.

Ia disempurnakan Ketua Pegawai Eksekutif PKNP, Mohd Ariff Yeop Ishak dan Pengerusi Eksekutif Syarikat Mobile Starhill, Tan Sri Dr Goh Tian Chuan sambil disaksikan Menteri Besar dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohd Ghazali Jalal.

Sementara itu, dalam sidang media yang sama, Tian Chuan berkata pihaknya akan mengutamakan tenaga kerja tempatan bagi mengisi 10,000 kekosongan tersebut.

“Kita akan fokus kepada warga tempatan. Sudah tentu segala teknologi akan dibawa ke sini dan kami akan latih para pekerja tempatan untuk menjadi tenaga kerja yang lebih mahir,” katanya.

Ujarnya, pihaknya juga sudah mengenalpasti beberapa vendor dan para pelabur yang sudah menyatakan hasrat dan berasa teruja terhadap MoU yang ditandatangani itu.

Pada perkembangan sama, Ahmad Faizal turut menyatakan komitmen kerajaan negeri bagi meneruskan usaha merasionalisasikan semua syarikat berkaitan kerjaan negeri (GLC) yang berada di seluruh Perak.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");