Panasnya Hari Ini

PKR Pecat 10 Ahli Kerana Langgar Peraturan Semasa PRU14

KUALA LUMPUR: Parti Keadilan Rakyat (PKR) telah memecat 12 orang ahlinya, selain menggantung 27 lagi anggotanya kerana melanggar tatatertib dan disiplin parti semasa Pilihan Raya Umum ke-14 yang lalu.

Perkara itu disahkan Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil dalam satu kenyataan lewat malam Khamis, susulan satu mesyuarat yang diadakan Biro Politik PKR pada 7 Ogos lalu.

Selain itu, parti itu turut menarik balik pemecatan Ketua Cabang PKR Pasir Salak Noor Azwan Ramli dan bersetuju untuk menggantung keanggotaan beliau bagi tempoh empat tahun.

PKR juga menolak rayuan penarikan pemecatan ahli PKR Cabang Tuaran, Ansari Abdullah serta menolak penarikan penggantungan lima ahli yang lain.

Berikut ialah kenyataan penuh PKR mengenai tindakan disiplin yang diambil ke atas beberapa orang ahlinya:

Harap maklum bahawa Biro Politik KEADILAN dalam mesyuarat bertarikh 7 Ogos 2018 telah mengesahkan tindakan disiplin terhadap individu-individu berikut, berkuatkuasa serta-merta.

Cabang Baling
1. Mohd Azmi Bin Mohamed Amin (Setiausaha Cabang Baling)
2. Ghazali Bin Ibrahim (Ahli Jawatankuasa Cabang)
3. Baharudin Bin Shaari (Ahli Jawatankuasa Cabang)
4. Shabani Binti Awang (Ketua Wanita Cabang)
5. Roshanar Binti Redzuan (Ahli Jawatankuasa Wanita Cabang)
6. Shamsuri Bin Abd Rahman (Ahli Jawatankuasa Cabang)
– digantung bagi tempoh dua tahun

Cabang Nibong Tebal
7. Ragasegar a/l Govindasamy
– dipecat keanggotaan beliau

Cabang Selayang
8. Azman Mohd Noor
9. Zakaria Bin Ibrahim
10. Wan Maamor Bin Md Piah
– dipecat keanggotaan

Cabang Sungai Siput
11. Mohd Salleh Bin Abdul Karim
12. Voon Sow Shun
13. Mohamad Yusof Chong Bin Abdullah
14. Sharifah Zainab Binti Syed Isa
– digantung bagi tempoh 2 tahun

Cabang Jerantut
15. Mohd Farid Izham Bin Mohd Nor
16. Kamsiah Binti Ahmad
17. Rosli Bin Bakau
18. Hasmah Binti Chu
19. Mohd Shahnael Bin Rosli
20. Hj Rosni Kamal Bin Ahmad
21. Mohd Rokmin Muda
– digantung keanggotaan bagi tempoh 2 tahun

Cabang Sabak Bernam
22. Veerappan@Veera a/l Muthiah
23. Thayalan a/l Ramachandran
24. Nagarajan a/l Munusamy
25. Komathy a/p Maniam
26. Kavitha a/p Karuppan
27. Amutha a/p Kaliyana Sundaram
28. Saravanan a/l Ragunadan
29. Rajandran a/l Nadasing
30. Parimala Devi a/p Subramaniam
– digantung keanggotaan sehingga siasatan selesai.

Cabang Lembah Pantai
31. Othman Bin Kasim
– dipecat keanggotaan

Cabang Pasir Gudang
32. Abdul Kadir Bin Sainudin
-dipecat keanggotaan

Cabang Silam
33. Siswandy Bin Johan
34. Mohammad Hamdan Bin Abdullah
– dipecat keanggotaan mereka

Cabang Kalabakan
35. Roslan Bin Sapar
– dipecat keanggotaan

Cabang Petaling Jaya Utara
36. Syukri Bin Musleh
– dipecat keanggotaan

Cabang Tasek Gelugor
37. Mohd Alif Fitri Bin Kamarudzaman
38. Mohd Fauzi Bin Hassan
-dipecat keanggotaan

Cabang Papar
39. Sabrezani Sabdin Ghani
– dipecat keanggotaan

Rayuan penggantungan dan pemecatan keanggotaan

Cabang Tuaran
1. Ansari Bin Abdullah – Rayuan beliau untuk diterima semula sebagai anggota KEADILAN ditolak.

Negeri Perak

2. Ketua Cabang Tapah (Adanan Talib)
3. Ketua Cabang Lenggong (Id Azalan Shah Bin Banyamin)
4. Ketua Cabang Gerik (Meja Kaha Bin HJ Othman)
5. Ketua Cabang Parit (Kapt(B) Usaili Alias)
6. Ketua Cabang Kuala Kangsar (Mohd Khair Bin Mohd Zainal)
– Rayuan penarikan penggantungan keanggotaan mereka di tolak oleh Biro Politik

7. Ketua Cabang Pasir Salak (Noor Azwan Bin Ramli)
– Biro Politik bersetuju untuk menggantung keanggotaan Sdr Noor Azwan Ramli bagi tempoh 4 tahun serta menarik balik pemecatan keanggotaan beliau.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");