Perak Hari Ini

Sidang Dun Belia Perak Sepatutnya Diurus Sendiri Oleh Belia

IPOH:Pengerusi Jawatankuasa Pembagunan Belia dan Sukan Kerajaan Negeri, Howard Lee Chuan How mencadangkan agar Sidang Dun Belia dan Parlimen Belia diurus tadbir oleh Adun belia yang dilantik.

Katanya sekiranya kuasa diberikan kepada adun belia kuasa sepenuhnya perlu diberikan termasuk perlantikan speaker.

Beliau berkata demikian pada sesi pergulungan persidangan pertama Mesyuarat Kedua, Penggal Pertama Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Ke-14 di Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini hari ini menjawab soalan tambahan daripada ADUN Temengor, Salbiah Mohamed selaku Speaker Dewan Belia Perak yang masih kurang pasti dengan status tugasnya setakat ini.

Katanya Sidang DUN Belia akan diteruskan dan mencadangan supaya perlantikan speaker terdiri daripada ahli belia itu sendiri.

“Saya cadangkan speaker dilantik daripada ahli adun sendiri dan pastinya akan ada satu sesi perbincangan oleh sekretariat dewan malah Adun Temegor akan dijemput untuk memaklumkan keputusan,” katanya.

Katanya lagi pepatah ‘Belia adalah Pemimpin Masa Hadapan’ tidak sepatutnya digunakan lagi kerana di Perak, belia merupakan sebahagian daripada pemimpin dalam kerajaan, swasta dan badan bukan kerajaan (NGO).

“Pertukaran kerajaan di peringkat nasional dan sebahagian besar di peringkat negeri pada PRU14 yang lalu secara aman mencerminkan aspirasi rakyat khususnya belia yang mahukan perubahan dan ia juga cerminan sistem demokrasi yang masih utuh dijunjung tinggi oleh rakyat Malaysia seperti yang dititahkan oleh Tuanku Sultan.

“Kerajaan PH komited untuk memastikan suara anak-anak muda diambil perhatian dan menjadikan golongan ini sebagai sebahagian daripada kepimpinan dan pembuat keputusan,” katanya.

Berikutan itu untuk mengarus perdanakan lagi aspek kepimpinan dan demokrasi dalam kalangan belia, kerajaan negeri akan menubuhkan Akademi Rakyat (AKADEMOS) yang menjadi pusat untuk anak-anak muda belajar tentang hak dan peranan belia dalam sistem demokrasi negara ini.

“Melaluinya, golongan belia akan didedahkan tentang konsep sebenar demokrasi yang bukan hanya tertumpu kepada undi dan pilihanraya semata-mata.

“Kita mahu melahirkan anak-anak muda yang celik demokrasi yang seterusnya akan menjunjung tinggi kepada sistem demokrasi berparlimen raja berperlembagaan yang telah dan sedang diamalkan di Malaysia,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");