Perak Hari Ini

Spin Your Heart 2018: PHI Anjur Kayuhan Sejam Tanpa Henti

IPOH:Pantai Hospital Ipoh (PHI) akan menganjurkan Kempen Kesedaran Kesihatan Jantung ‘Spin Your Heart 2018’ yang bertemakan Move Your Heart.Fuel Your Hear. Fire Up Your Heart pada 2 September bertempat di Foyer West Wing Aeon Mall Kledang.

Untuk julung kalinya penganjuran kali ini mensasarkan 100 peserta berumur 55 tahun keatas akan mengambil bahagian menggunakan basikal statik cubaan bagi memecahkan Malaysia Book Of Records yang mana ia akan berlangsung tanpa henti selama satu jam.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Chong Siet Fong berkata penganjuran yang bermula pada jam 10 pagi hingga 5 petang itu adalah usaha untuk menimbulkan kesedaran jantung sempena Hari Jantung Sedunia serta memberi penekanan kepada gaya hidup sihat bagi golongan warga emas.

“Warga emas ini akan menyahut cabaran berbasikal statik selama satu jam tanpa henti dan memecahkan rekod dalam Malaysia Book Of Records dan ia pernah dijalankan sebelumnya bagaimanapun tahun ini kita mensasarkan memecahkan rekod dengan penyertaan warga emas berumur 55 tahun keatas,” katanya dalam satu sidang media hari ini.

Katanya turut berlangsung penyertaan melibatkan umur 55 tahun kebawah yang berlangsung selama dua jam bagi sesi kayuhan dijangka bermula pada jam 2.30 hingga 4.30 petang di lokasi yang sama.

Antara pengisian program seperti saringan kesihatan percuma, pemeriksaan tekanan darah,kaunseling kesihatan, zumba dan tarikan utama pertandingan edurance dance cycling.

Majlis dijangka dihadiri oleh Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan Hal Ehwal Pengguna,Masyarakat Sivil,Integrasi Nasional dan Sumber Manusia A.Sivanesan.

Program kali ini melibatkan kerjasama pelbagai pihak antaranya Pusat Aktiviti warga emas UTC Ipoh, Jaycycle Fitness Centre, Aeon Mall Ipoh Klebang, Kelab Rekreasi Ejen Prudential Perak, Body Work Fitness, RV Fitness Center dan Body Aligment Warehouse Gym.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");