Perak Hari Ini

Sultan Perak Menunaikan Solat Sunat Aidiladha Bersama 1,500 Jemaah di Masjid Sultan Idris Shah ll.

IPOH:  Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan menyertai lebih 1,500 jemaah untuk menunaikan solat sunat Aidil Adha di Masjid Sultan Idris Shah ll (Masjid Negeri) di Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab, di sini hari ini.

Turut berangkat, Raja Di Hilir Perak, Raja Iskandar Dzulkarnain Sultan Idris.

Ketibaan baginda sekitar 8.30 pagi disambut oleh Menteri Besar, Ahmad Faizal Azumu, EXCO Kerajaan Negeri dan beberapa orang kenamaan lain.

Solat sunat Aidil Adha yang berlangsung hampir satu jam itu diimamkan oleh Imam  Besar Masjid Negeri Perak, Abd Farid Salleh.

Baginda kemudiannya berkenan meluangkan masa untuk beramah mesra dan meluangkan masa bersalaman dengan para jemaah selepas selesai menunaikan solat sunat berkenaan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");