Jenayah

PATI Guna Cap Palsu Imigresen Antara 74 Ditahan Di Ipoh

IPOH: Seorang lelaki warga Vietnam disyaki menggunakan cap palsu Jabatan Imigresen antara 74 pendatang tanpa izin (PATI) ditahan dalam Op Mega 3.0 di bandaraya ini pada Sabtu.

Pengarah Imigresen Perak Kamalludin Ismail berkata lelaki berumur 42 tahun itu dipercayai melakukan perkara tersebut untuk tinggal lebih masa di negara ini.

“Kita akan siasat lebih lanjut sindiket mana terlibat, dia menggunakan cap palsu Jabatan Imigresen Johor di Johor Bahru untuk keluar (Malaysia) tapi sebenarnya dia tidak keluar,” katanya dalam sidang media di Kompleks Kementerian Dalam Negeri (KDN) di sini selepas operasi itu, malam tadi lapor Bernama.

Beliau berkata dalam operasi dari 11.20 pagi hingga 7.40 malam itu yang dijalankan di tiga tapak pembinaan, 74 PATI yang ditahan terdiri daripada warganegara Bangladesh, Vietnam, Myanmar dan Indonesia yang berumur di antara 20 hingga 50 tahun.

Kamalludin berkata bagi tempoh Januari hingga Ogos tahun ini, Jabatan Imigresen Perak telah melaksanakan 340 operasi dan menahan 1,249 PATI dan 33 majikan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");