Panasnya Hari Ini

‘Apa Kata Dr Mahathir, Anwar Bergabung Semula’ – Rais

KUALA LUMPUR – Veteran politik, Tan Sri Rais Yatim mencadangkan supaya Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Anwar Ibrahim bergabung tenaga semula selama dua tahun sebelum perubahan dalam kepimpinan kerajaan Pakatan Harapan dilaksanakan.

Rais mengetengahkan cadangan supaya Dr Mahathir terus menjadi perdana menteri manakala Anwar pula mengambil tempat Datuk Seri Wan Azizah Ismail.

“Cuba dua tahun. Kalau serasi, habiskan sepenggal,” katanya di laman Twitter hari ini, sebagaimana dilaporkan MalaysiaGazette.

Mengulas lanjut, Rais berkata, selepas dua tahun, Anwar boleh menakhodai kapal baharu dan menyambung ramuan yang telah pun dimulakan pada tahun 1997.

Katanya, cadangan tersebut mungkin tidak dipersetujui oleh rakan-rakan dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) tetapi ia adalah yang terbaik untuk menyatukan semua pihak.

“Lepas itu DSAI nakhodai kapal baru. Sambung ramuan 1997, rakan-rakan PKR mungkin tak setuju.Tapi ini terbaik untuk serai serumpun sirih setepak,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");