Sukan Hari Ini

Astro Tak Dapat Siar Aksi Liga Juara-Juara?

KUALA LUMPUR: Peminat bola sepak Malaysia terutamanya Liverpool mungkin tidak dapat menyaksikan aksi kelab kesukaan mereka, awal pagi esok.

Mereka mungkin tidak akan menyaksikan perlawanan peringkat kumpulan Liga Juara-Juara antara Reds menentang Paris Saint-Germain secara langsung di kaca televisyen.

Memetik laporan Harian Metro, ada spekulasi menyatakan Astro mungkin tidak dapat menyiarkan perlawanan itu secara langsung.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan syarikat televisyen berbayar itu di Facebook semalam menyatakan: “Hai semua, kami memohon maaf atas pos awal mengenai hak penyiaran Liga Juara-Juara.

“Perbincangan mengambil masa yang lebih lama daripada dijangkakan kerana ada banyak pihak yang perlu kami berbincang. Percayalah kami akan cuba mendapatkan persetujuan sebelum sepak mula.

“Kami akan menyediakan maklumat terbaru mengenai hasilnya tidak lama lagi. Terima kasih.”

Di tengah-tengah situasi itu, peminat di Malaysia mungkin berasa bimbang mereka terlepas aksi liga terhebat di dunia.

Malah, bukan saja penyokong Liverpool di Malaysia saja yang berada dalam kebimbangan tetapi juga Manchester United, Manchester City dan Tottenham Hotspur.

Peminat bola sepak juga mungkin kecewa sekiranya mereka tidak dapat menyaksikan aksi kelab kesukaan mereka secara langsung di televisyen termasuk Real Madrid dan Barcelona.

Awal pagi esok, Barcelona dan bintang mereka Lionel Messi dijadual bertemu PSV Eindhoven manakala Tottenham berdepan Inter Milan dalam aksi kumpulan Liga Juara-Juara.

Pada awal pagi Khamis pula, Manchester United dijadual bertemu Young Boys manakala seteru terdekat, City melawan Lyon.

Real Madrid dijadual bertemu AS Roma manakala Cristiano Ronaldo bersama pasukan baharunya Juventus berkunjung ke Valencia.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");