Membawang Hari Ini

Tegar Sudah Serik Ditipu

KUALA LUMPUR: Pengalaman pahit yang dilalui penyanyi remaja Indonesia, Tegar Septian, 17, membuatkan dia hampir berputus asa, malah pernah setahun berehat daripada aktiviti nyanyian apabila tidak menerima tawaran persembahan.

Memetik laporan BH Online, Tegar mendakwa, dia pernah beberapa kali ditipu sejak mencipta nama pada 2013 menerusi lagu, Aku Yang Dulu menyebabkan dirinya kerugian ratusan ribu ringgit.

“Perjalanan hidup saya sangat luar biasa, membuatkan ada sahaja pihak yang cuba ambil kesempatan. Saya sudah serik kerana ia bukan sekali berlaku. Saya juga pernah duduk di rumah sepanjang 2015 kerana tiada tawaran.

“Hanya pada 2016, baru saya mendapat semangat untuk kembali menyanyi. Semua yang berlaku dulu membuatkan saya lebih berhati-hati. Saya tidak lagi mudah mempercayai orang luar dan banyak belajar daripada kesilapan lalu,” katanya.

Tegar yang ditemani bapanya kembali ke ibu kota selama lima hari untuk mempromosikan single terbarunya, Tetaplah Di Hati.

Dia kini bernaung di bawah pengurusan Halo Entertainment, Indonesia, manakala urusan promosi di negara ini disempurnakan Padi Records.

“Sepanjang berehat, saya selalu berfikir. Saya masih muda, kenapa perlu cepat berputus asa? Sejak itu, saya mengumpul kekuatan untuk kembali menyanyi hingga lahir single, Kau Yang Terbaik,” katanya.

Tegar berkata, dia perlu bekerja keras kerana masih menanggung perbelanjaan empat adiknya. Turut berkongsi minat untuk mencuba nasib sebagai pelakon, namun impiannya itu belum kesampaian.

“Saya pernah ditawarkan berlakon filem di Indonesia dan di negara ini, tetapi tidak menjadi kenyataan. Mungkin ada rezeki selepas ini,” katanya kepada BH Online.

Menyentuh single terbarunya itu, Tegar berkata, Tetaplah Di Hati dihasilkan berdasarkan pengalamannya.

“Lagu itu berkisar mengenai hubungan saya dengan gadis yang berasal dari keluarga kaya. Kami saling menyayangi, tetapi kedua-dua orang tuanya tidak bersetuju kerana saya hanya orang biasa.

“Saya sempat berpesan kepadanya supaya jangan lupakan saya kerana dia tetap di hati,” katanya yang sudah mempunyai pengganti.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");