Membawang Hari Ini

“Bila Masa Saya Nak Kahwin?” – Ruhainies

PELAKON Ruhainies kesal dengan berita di sebuah portal hiburan yang mendakwa dia bakal berkahwin dengan seorang ahli perniagaan tidak lama lagi.

Menurut Ruhainies atau Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas, 26, dia tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan untuk menamatkan zaman bujang.

“Saya rasa perlu untuk menjelaskan tentang tajuk dan cerita ini, saya tak pernah keluarkan apa-apa kenyataan mengatakan bakal berkahwin dan lain-lain.

“Bila masa saya nak kahwin… I’m still a baby, don’t do this please,” tulisnya di laman Instagram pada Ahad, lapor mStar Online.

Sebelum ini, laporan sebuah akhbar pada Jumaat, pelakon Cinta Lemon Madu mengakui sedang bercinta dengan usahawan yang kini menetap di London serta memiliki tiga cawangan butik terkenal di tanah air.

Bagaimanapun, mereka masih lagi dalam fasa perkenalan dan tidak mahu terburu-buru dalam soal perkahwinan.

Sementara itu, Ruhainies turut meminta pihak tertentu berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan dan mendapatkan pengesahannya terlebih dahulu.

“Harap pihak yang bertanggungjawab agar berhati-hati sebelum mengeluarkan sebarang berita tanpa menanyakan kesahihan mengenai perkara ini.

“Saya meminta maaf jika apa yang saya katakan ini mungkin melukakan hati anda, terima kasih,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");