Perak Hari Ini

Sabah Raih Emas Papan Anjal Lelaki 3 Meter

IPOH: Penerjun Sabah, Gabriel Gilbert Daim berjaya meraih emas dalam acara 3 meter papan anjal lelaki akhir selepas berjaya mengumpul 369.0 mata.

Acara yang berlangsung hari ini, di Pusat Akuatik Tuanku Zara, Kompleks Sukan Majlis Bandaraya Ipoh (MBI), di sini, memperlihatkan penerjun Wilayah Persekutuan, Hanis Nazirul Jaya Surya gagal menandingi atlet terjun negara itu apabila hanya berjaya meraih tempat kedua dengan pungutan 312 mata.

Gangsa pula berjaya dimiliki penerjun Selangor, Muhammad Syahmi Mohd Rezal menerusi 290.6 mata terjunan.

Sarawak hanya selesa berada di tangga keempat apabila penerjunnya, Bertrand Rhodict Anak Lises menghadiahkan 272.4 mata.

Sementara itu, penerjun kedua Wilayah Persekutuan, Nurqayyum Nazmi Mohamad Nazim meraih tempat kelima dengan pungutan 259.25 mata, penerjun Sabah, Julfaddli Jali 256.65 mata dan penerjun Negeri Sembilan pula selesa berada di tempat ketujuh dengan 232.5 mata.

Penerjun tuan rumah, Muhammad Aliff Othman hanya berjaya meraih kedudukan kelapan dengan 213.3 mata.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");