Membawang Hari Ini

Dipanggil Bahlul, Diana Danielle Bengang Sikap Pemandu Tak Beradab!

PELAKON Datin Diana Danielle berang dengan sikap penting diri seorang pengguna jalan raya yang dianggapnya telah menyusahkan pemandu lain.

Menerusi perkongsian di laman Instagram, Diana menulis luahan hatinya berhubung sikap kurang beradab pemandu tersebut.

“Malaysians tolong buang sikap suka main redah bila memandu, kesedaran sivik please,” tulisnya.

Dalam muat naik tersebut, isteri kepada pelakon Datuk Farid Kamil ini turut menceritakan kejadian yang berlaku kepadanya baru-baru ini.

“Saya nak nasihat pada laki bini yang sama-sama tak ada adab dan menyusahkan orang, bila jalan satu hala dan sempit tolong bijakkan otak dan jangan melawan arus.

“Kau menyusahkan orang dan kau paksa lalu tepi, kau ingat orang nak lalu tepi kereta kau dekat jalan yang memang sempit kalau ada tergores kereta semata-mata nak bagi kau yang degil jalan, kau nak bayar ke? Semestinya tidak.

Diana berkongsi luahan di Instagram.

“Kenapa nak susahkan orang, kenapa tak ada adab. Lelaki yang mungkin suami dia datang dan panggil saya bahlol bila saya enggan bagi laluan kereta dia sebab jalan sempit. Tak ada segan malu panggil orang bahlol siap tunjuk middle finger (jari tengah),” katanya.

Perkongsian aktres berusia 26 tahun itu menerima hampir 70,000 tanda suka dan lebih 200 komen.

Rata-rata pengikut meluahkan pendapat yang sama dan meminta masyarakat Malaysia mengubah sikap dan lebih bertolak-ansur di jalan raya.-Mstar

 

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");