Berita Hari Ini

Dua Produk Tak Daftar Dengan PBKD!

KUALA LUMPUR – Produk Garcinia Cambogia Booster Capsule dan Krim Herba SS-II (Cosmetic 5 in 1 Serlahkan Kejelitaanmu) tidak pernah berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) di Malaysia.

Perkara itu disahkan Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu kenyataan dikeluarkan kementerian.

Menurut Dr Noor Hisham, kenyataan itu adalah susulan daripada pendedahan Kementerian Kesihatan Brunei pada 3 September lepas melibatkan isu adulterant melibatkan kedua-dua produk tersebut.

“Kenyataan ini dikeluarkan susulan kenyataan akhbar dari Brunei yang melibatkan isu adulterant bagi produk Garcinia Cambogia Booster Capsule yang mengandungi Sildenafil.

“Dalam kenyataan itu juga menyebut produk Krim Herba SS-II Cosmetic (5 in 1 Serlahkan Kejelitaanmu) mengandungi bahan adulterant merkuri.

“Kedua-dua produk ini tidak berdaftar dengan PBKD di Malaysia,” katanya dalam kenyataan tersebut, sebagaimana dilaporkan Sinar Online.

Beliau turut memberi amaran pemilikan untuk jualan produk berkenaan melanggar Akta Jualan Dadah 1952 dan Peraturan-peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984.

Tegasnya, individu yang melakukan kesalahan di bawah peraturan tersebut boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM25,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

“Itu untuk kesalahan pertama manakala denda tidak lebih RM50,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali untuk kesalahan berikutnya.

“Syarikat yang melakukan kesalahan boleh dikenakan denda sehingga RM50,000 untuk kesalahan pertama dan RM100,000 untuk kesalahan berikutnya,” ujarnya.

Dr Noor Hisham turut menasihatkan pengguna produk tersebut segera mendapatkan nasihat dan rawatan dari profesional kesihatan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");