Membawang Hari Ini

‘Gelaran Datuk Sekadar Panggilan Jer…’

PELAKON dan pengacara Jaafar Onn menjelaskan perkataan ‘Datuk’ yang tertera pada kad jemputan bukan gelaran anugerah daripada pihak istana sebaliknya sekadar panggilan orang ramai terhadap dirinya.

Bagaimanapun, Jaafar yang berusia 68 tahun mengaku pernah ditawarkan gelaran Datuk lima tahun lalu, namun terpaksa menolak anugerah itu kerana belum bersedia.

“Di usia 68 tahun ini ramai yang memanggil saya dengan panggilan datuk, lebih-lebih lagi kanak-kanak yang sudah dianggap seperti cucu saya.

“Saya akui pernah ditawarkan gelaran Datuk lima tahun lalu, tapi terpaksa menolak pelawaan itu kerana belum layak menerima anugerah sebegitu besar,” katanya ketika ditemui pada sidang media Showcase Jaafar Onn & Friends di sebuah hotel di Kuala Lumpur, lapor Harian Metro.

Showcase yang bakal berlangsung di Wow KL pada 18 Oktober depan turut dimeriahkan dengan penampilan penyanyi veteran seperti Rohana Jalil, Salwa Abdul Rahman, Datuk Yusni Hamid dan Haslina Kamsan.

Mengulas lanjut, katanya, sekiranya sudah bersedia memegang status Datuk, dia sendiri akan bertemu dan menerimanya tanpa membeli anugerah itu.

“Saya ingin menerima anugerah itu dengan cara yang telus. Saya tidak akan sesekali membeli gelaran Datuk daripada sesiapa.

“Sekiranya sudah bersedia nanti, saya akan menerimanya. Bagaimanapun, saya mohon maaf kerana tidak dapat berkongsi negeri mana yang ingin menganugerahkan gelaran Datuk ini,” katanya.

Terdahulu, timbul tanda tanya mengenai status Datuk pada nama pengacara itu yang digunakan dalam sebuah kad jemputan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");