Perak Hari Ini

MB Perak Jangka Ramai Lagi MP Umno Keluar Parti

IPOH:Menteri Besar, Perak Ahmad Faizal Azumu menjangkakan lebih ramai ahli politik pembangkang yang mengambil keputusan keluar parti Umno dalam masa terdekat.

Malah katanya tindakan itu diambil kerana telah mulai sedar dan terbuka mata mengenai pendedahan pelbagai perkara oleh kerajaan kini.

“Kita mendapati ramai wakil rakyat daripada Barisan Nasional baru terbuka mata melihat sedikit masa sedikit pendedahan yang dibuat oleh kerajaan kini,” katanya kepada media sebelum menyaksikan sesi tayangan Rise Ini Kalilah di Tgv Aeon Station 18 hari ini.

Katanya ketika diminta mengulas tindakan Ahli Parlimen Jeli, Datuk Seri Mustapa Mohamed mengumumkan keluar UMNO selepas lebih 40 tahun berkhidmat untuk parti itu serta bekas Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman mengumumkan dirinya keluar Umno, hari ini.

Faizal turut menyifatkan tindakan itu adalah saat terbaik bagi melakukan sebarang pembetulan kepada semua perkara.

“Mereka telah lihat telah berlaku kecurangan dan kemungkaran dalam pentadbiran terdahulu maka mereka merasakan bahawa ini masa terbaik untuk mereka melalukan pembetulan.

“Saya galakkan jika mereka telah kembali sedar dan kembali ke pangkal jalan kerja-kerja berpolitik perlu perlahankan sebaliknya terus fokus beri perkhidmatan pada rakyat,” katanya.

Malah katanya kerajaan diterajui Pakatan Harapan perlu fokus selesaikan janji manifesto dan memperbaiki kehidupan rakyat dan mengurangkan sikap gemar berpolitik.

Beliau terdahulu mengakui tidak pernah mengadakan pertemuan dengan ahli politik pembangkang berkaitan isu politik.

“Tiada lagi Ahli Parlimen yang datang berbincang mengenai politik cuma hanya Ahli Parlimen Bukit Gantang tetapi bukan berkaitan isu politik, dan saya sendiri sedang fokus penganjuran Sukan Malaysia (Sukma),” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");