Perak Hari Ini

Kemenangan Kelantan Dibatalkan,Pahang Muncul Juara 5000m Jalan Kaki Wanita

IPOH:Kegembiraan atlet Kelantan, Nurul Alyahaziqah Kamarazaman cuma seketika apabila ia dibatalkan saat tiba di garisan akhir dalam acara 5,000m jalan kaki wanita akhir pada Sukan Malaysia (Sukma) Perak hari ini.

Kemenangannya dibatalkan kerana dipercayai telah melanggar tiga kesalahan yang melibatkan terapung dan kesalahan kaki bengkok pada acara akhir yang berlangsung di Stadium Perak hari ini.

Alyahaziqah yang gagal mengawal perasaan dilihat menangis sambil dipeluk ibunya apabila mengetahui kemenangannya itu dinafikan pihak pengadil selepas dua peringatan semasa perlumbaan telah diberi.

Pegawai kontinjen Kelantan, Ghani Seman turut mempersoalkan pembatalan kelayakan itu kerana atletnya hanya dimaklumkan selepas melepasi garisan penamat.

Katanya sekiranya Alyahaziqah telah melanggar peraturan terapung sepatutnya dia diberitahu untuk meninggalkan padang semasa perlumbaan sebaliknya hanya dimaklumkan apabila meraikan kejayaan pingat emasnya.

Pembatalan kemenangan atlet Kelantan itu sekaligus memberi laluan kepada atlet Pahang Koong Jia Lin, yang pada mulanya berada di tempat kedua dengan masa 27: 35.26 saat sebagai muncul juara.

Atlet Wilayah Persekutuan Nurul Ashikin Hussin (28: 01.85s) memenangi pingat perak, diikuti oleh Laura Tan (30: 00.4s) berjaya meraih gangsa.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");