Perak Hari Ini

Hoki Sukma Perak 2018: Sabah Tundukkan Pulau Pinang 3-0

IPOH: Momentum yang dipamerkan skuad hoki lelaki Sabah dalam menundukkan Johor semalam, diteruskan ketika beraksi dengan Pulau Pinang, 3-0, dalam persaingan Hoki Lelaki Kumpulan A, Sukan Malaysia (Sukma) Perak 2018, hari ini, di Stadium Hoki Sultan Azlan Shah, di sini.

Pemain Sabah, Muhammad Saifuddin Azli, sekali lagi muncul sebagai wira negerinya apabila dia menjaringkan gol pertama perlawanan, menerusi pukulan penalti sudut pada minit ke-7.

Shello Silverius kemudaiannya terus menerjah pertahanan lawan dan menghadiahkan hantaran gol padang pada minit ke-11.

Sabah dilihat terus beraksi garang apabila Muhammad Faiz Aiman Mohamad Aseri berjaya menjaringkan gol pada minit ke-14, di suku masa pertama.

Pulau Pinang cuba mendapatkan rentak permainan pada suku masa kedua, ketiga dan keempat namun gagal membolosi pertahanan lawan.

Walau bagaimanapun, kekuatan pertahanan Pulau Pinang juga berjaya menafikan peluang Sabah untuk memungut sebarang gol dan mata tambahan.

Sementara itu, pada aksi berasingan di peringkat yang sama, skuad hoki lelaki Wilayah Persekutuan berjaya mengikat Melaka dengan kedudukan seri, 1-1.

Pemain Melaka, Muhammad Nur Asyraf Ishak memulakan langkah kanan buat negerinya apabila berjaya menghadiahkan gol menerusi pukulan penalti sudut pada minit ke-12.

Skuad Wilayah Persekutuan kemudiannya berjaya menyamakan kedudukan mereka menerusi gol pukulan padang oleh Ahmad Hariz Syazani Ezani pada suku masa kedua permainan.

Sabah bakal meneruskan aksinya di peringkat kumpulan menentang Melaka, di lokasi pertandingan yang sama, pagi esok.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");