Jenayah

Lelaki Perdaya 60,000 Mangsa Dipenjara 11 Tahun

LOS ANGELES – AMERIKA SYARIKAT. Seorang lelaki warga Kanada dijatuhi hukuman penjara lebih 11 tahun selepas disabitkan bersalah menjalankan operasi telemarketing yang memperdaya sekurang-kurangnya 60,000 mangsa, kebanyakannya warga emas, dan memperoleh lebih AS$18 juta (RM74 juta).

Mark Eldon Wilson, 57, dari Vancouver, British Columbia, didapati bersalah menjual perkhidmatan perlindungan kad kredit palsu dan dijatuhi hukuman penjara 135 bulan oleh Hakim S James Otero selepas perbicaraan lima hari Mac lalu.

Pendakwa raya berkata, antara 1998 dan 2001, Wilson dan syarikatnya, menjual perlindungan yang tidak wujud pada harga AS$300 (RM1,244) kepada lebih 60,000 mangsa di 37 negeri di Amerika Syarikat (AS).

Wilson menggunakan sebahagian wang untuk menampung kehidupan mewahnya termasuk membeli bot mahal, kereta dan berjudi di Las Vegas dan turut membuka akaun bank pesisir di Pasifik Selatan untuk menyembunyikan wang berkenaan.

Dia akhirnya dibawa ke AS pada Februari tahun lalu selepas menentang proses ekstradisi dari Kanada ke AS selama lebih 10 tahun. — AFP

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");