Perak Hari Ini

Lempar Cakera Wanita: Emas Milik Sarawak

IPOH:Emas berpihak kepada pelontar Sarawak dalam acara lempar cakera wanita akhir pada Sukan Malaysia (Sukma) Perak 2018 hari ini.

Atlet Sarawak,Queenie Ting Kung Ni yang melakukan balingan sejauh 43.77 m berjaya meraih emas bagaimanapun masih belum dapat memecahkan rekod lama, 46.66m yang dilakar oleh atlet terdahulu.

Queenie berjaya mengenepikan pencabar sengit daripada Pahang, Nani Sahirah Maryata yang memenangi pingat perak (40.64m).

Manakala gangsa milik pelontar Johor, Nur Atiqah Sufiah Md.Hanizam menerusi balingan sejauh (39.62m).

Acara tersebut berlangsung di Stadium Perak sekitar jam 9 pagi tadi turut kelihatan para penyokong setiap kontijen dan ahli keluarga atlet yang turut hadir memberikan sokongan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");