Perak Hari Ini

Johor Raih Emas Acara Lompat Tinggi Lelaki

IPOH:Atlet dari Johor Norshafiee Mohd Shah berjaya meraih emas dalam acara lompat tinggi lelaki pada hari pertama acara olahraga yang berlangsung di Stadium Perak di Ipoh, hari ini.

Norshafiee berjaya melakukan lompatan setinggi 2.06m bagaimanapun gagal mengatasi rekod sukma terdahulu (2.21m) dalam percubaannya sebentar tadi.

Pingat perak milik atlet Sabah Mohamad Eizlan Dahalan yang melakukan lompatan setinggi 2.03m manakala gangsa milik atlet dari Kedah Amer Haiqal Ismail setelah membuat lompatan 2.00m.

Atlet tuan rumah Fawwaz Muhd Ilmi Mahamad Afif kelihatan jauh ketinggalan apabila sekadar berada di tangga ke tujuh dengan lomptan setinggi 1.80m.

Pelbagai acara olahraga akhir kategori wanita dan lelaki yang berlangsung sejak pagi tadi antaranya lempar cakera, lompat jauh dan lontar peluru dan lompat kijang.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");