Berita Hari Ini

Mangsa Kritikal Keracunan Alkohol Meninggal Dunia

IPOH – Seorang mangsa kritikal disyaki akibat keracunan alkohol disahkan meninggal dunia, semalam.

Exco Kerajaan Negeri, A Sivanesan berkata, jumlah itu menjadikan tiga kematian direkodkan di Perak setakat ini, seorang masih kritikal sementara seorang lagi stabil.

Menurutnya, mangsa dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) Hospital Raja Permaisuri Bainun sejak Rabu lalu akibat sesak nafas, sakit perut, loya dan muntah dipercayai selepas mengambil minuman alkohol.

“Mangsa meninggal dunia pagi, semalam tiada kes baru direkodkan dan jumlah kes masih lima.

“Seorang mangsa yang masih dirawat di ICU dilaporkan sangat kritikal, sementara lelaki berusia 35 tahun yang kini stabil sudah dibenarkan keluar wad,” katanya selepas ditemui pada program Memory Walk 2018 di Taman Rekreasi Sultan Abdul Aziz, pagi ini lapor Sinar Harian.

Dalam perkembangan lain, beliau mengesahkan terdapat kes penularan wabak beguk berlaku di Sekolah Tuanku Abdul Rahman sejak beberapa hari lalu.

Katanya, kesemua mangsa telah dikuarantin di sekolah dan dipantau rapi Jabatan Kesihatan negeri bagi mengelak merebak.

“Saya belum dapat laporan lengkap mengenai kes ini namun keadannya terkawal,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");