Berita Hari Ini

Theresa May Diramal Buat Pilihan Raya November

LONDON: Pembantu Perdana Menteri Britain, Theresa May dilaporkan sedang merangka satu rancangan luar jangka untuk mengadakan pilihan raya pada November ini.

Memetik laporan BH Online, Akhbar Sunday Times melaporkan, pilihan raya ‘mengejutkan’ itu adalah antara usaha pentadbiran May, untuk menyelamatkan Brezxit dan kedudukan perdana menteri itu sendiri.

Menurut akhbar itu lagi, dua pegawai kanan pejabat May, yang mengendalikan hal ehwal politik dipercayai sudah memulakan langkah itu, bagi mendapatkan sokongan orang ramai terhadap pelan terbaru yang bakal dilaksanakan.

Pilihan raya itu dikatakan perlu diadakan selepas cadangan mengenai Brexit yang dikemukakan pada mesyuarat pemimpin Kesatuan Eropah (EU) di Salzburg, Austria, baru-baru ini, mendapat kritikan hebat.

Sementara itu, pejabat Perdana Menteri Britain, Downing Street, gagal dihubungi untuk mengesahkan laporan akhbar berkenaan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");