Panasnya Hari Ini

MCA Akui Sukar Baca Persepsi Pengundi Balakong

BALAKONG – MCA mengakui masih sukar membaca persepsi pengundi di Dun Balakong, walaupun sudah 70 peratus pengundi didekati selepas 14 hari berkempen pada PRK Balakong.

Pengarah Kempen MCA bagi PRK Dun Balakong, Datin Paduka Chew Mei Fun berkata, pihaknya berdepan kesukaran membaca persepsi pengundi di separa bandar berbanding luar bandar.

“Kalau di kampung kita boleh kenal pasti pengundi dan sokongan mereka, namun di separa bandar pula agak sukar untuk tentukan sokongan mereka untuk siapa,” katanya.

Mei Fun berkata, calon MCA bagi PRK Balakong, Tan Chee Teong kini memasuki fasa baharu mendekati pengundi Melayu dan India secara bersemuka.

“Ini merupakan program pertama Chee Teong mendekati pengundi India di Seri Pulai Balakong Jaya,” katanya pada sidang media, selepas menghadiri program calon MCA bersama masyarakat India di sini, semalam, lapor Sinar Online.

Turut hadir Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong dan Ahli Parlimen Cameron Highlands, Datuk C Sivarrajh.

Sementara itu, Sivarrajh yang juga Ketua Pemuda MIC meminta pengundi India berfikir secara serius dan matang sebelum menterjemahkan sokongan mereka dalam bentuk undi pada 8 September ini.

“Ramai menganggap BN dan MIC sudah terkubur selepas PRU14 lalu, tetapi saya ingin menegaskan BN masih kukuh dan teguh dengan semangat bersatu MIC, Umno dan MCA,” katanya.

Beliau berkata, BN hormat pilihan rakyat yang mahu tukar kerajaan.

“Namun kita perlukan pembangkang yang kuat untuk membawa suara perjuangan masyarakat India di Balakong disamping membela semua bangsa menerusi Chee Teong,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");