Berita Hari Ini

Trump Batal Hadiri Sidang Kemuncak Di Asia

WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump memutuskan untuk tidak menghadiri sidang kemuncak bersama pemimpin Asia di Singapura dan Papua New Guinea November depan.

Memetik laporan Sinar Online, jurucakap Rumah Putih, Sarah Sanders berkata, Trump mengarahkan Naib Presiden, Mike Pence untuk mewakili beliau ke sidang kemuncak AS- Persatuan Negara – Negara Asia Tenggara dan sidang kemuncak Asia Timur di Singapura serta forum Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik di Papua New Guinea.

Keputusan Trump untuk tidak menghadirkan diri menimbulkan persoalan berhubung komitmen beliau terhadap strategi serantau dalam menangani isu berkaitan China.

Beliau sebaliknya, dilaporkan akan melawat Paris bagi menghadiri sambutan ulang tahun ke-100 berakhirnya Perang Dunia Pertama.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");