Berita Hari Ini

Mujahid Akan Jumpa JAWI Berhubung Isu Kempen Syiah

KUALA LUMPUR – Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Mujahid Yusof Rawa akan berjumpa dengan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) hari ini bagi membincangkan isu mengenai kempen penyebaran fahaman Syiah secara terbuka dalam negara.

Mujahid berkata, beliau menerima maklumat mengenai kempen memberikan kuih donat secara percuma yang didakwa mempunyai kaitan dengan penyebaran fahaman Syiah.

“Saya menerima maklumat mengenai isu ini semalam dan akan berjumpa dengan JAWI untuk mendapatkan maklumat lanjut hari ini.

“Menurut fatwa, Syiah adalah satu fahaman yang tidak diiktiraf dalam agama Islam,” katanya, sebagaimana dilaporkan Utusan Online.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Seminar Kebangsaan Isu dan Cabaran Dalam Hubungan Masyarakat Majmuk di Malaysia yang berlangsung di Dewan Besar, Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), di sini hari ini.

Semalam, Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mahu pihak kementerian mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang berani mempromosikan doktrin ajaran Syiah secara terbuka di negara ini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");