Perak Hari Ini

Pemanah Perak Raih Emas Bagi Acara 70m Recurve Individu

SERI ISKANDAR:Pasukan Perak sekadar memperolehi satu emas bagi acara 70m recurve wanita individu dalam empat acara memanah lelaki dan wanita akhir yang dipertandingan pada Sukan Malaysia (Sukma) ke-19 di sini, hari ini.

Pemanah Perak, Nurul Fatin Adibah Mohd Zamri merangkul emas pada acara 70m recurve wanita individu dengan mata 306 menewaskan pemanah Kedah Fatin Izzatie Mohmad Noris dengan mata 305.

Gangsa milik pemanah Kedah, Nur Ain Ayuni Fozi dengan mata 294.

Manakala bagi acara 70m Compound wanita Individu emas dirangkul pemanah Pahang, Nur Azlin Azlan dengan mata 338 menewaskan pemanah dari Johor Nuraqilah Khairul dengan mata 335 di tangga kedua.

Gangsa digondol pemanah Terengganu Athirah Awani Mat Yahya dengan mata 333 pada acara yang berlangsung di Padang Universiti Teknologi Petronas pagi tadi.

Bagi acara 90m compound Lelaki, emas dirangkul pemanah Pahang Muhammad Fahrur Rosi Choiril Anuar dengan mata 335 menewaskan pemanah Sabah Eugenius Lo Foh Soon di tangga kedua dengan mata 331 dan tangga ketiga milik Terengganu Mohamad Syafiq Md Ariffin dengan mata 330.

Acara 90m recurve lelaki individu tempat pertama milik pemanah Selangor, Muhammad Khairul Nazim Mohd Yunus dengan mata 283 manakala di tangga kedua milik pemanah Melaka Muhammad Norhairulnizam Rosdi dengan mata 283.

Tempat ketiga milik pemanah Negeri Sembilan,Izat Halmie Ishak dengan mata 281.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");