Jenayah

Penunggang Motosikal Dihempap Besi Terbang

BENGALURU – INDIA. Seorang lelaki nyaris maut apabila dihempap sebuah bingkai besi semasa sedang menunggang motosikal.

Kejadian berlaku di Sunakalpet ketika cuaca hujan, baru-baru ini.

Insiden itu sempat dirakam kamera CCTV dan ia menjadi tular di media sosial.

Dalam video tersebut, mangsa tersembam dan pengsan selepas dihempap objek berkenaan yang jatuh dari tingkat empat.

Susulan itu, mangsa melaporkan kejadian berkenaan kepada polis dan menuntut ganti rugi daripada pemilik bangunan tersebut.

Sementara itu, doktor mengesahkan mangsa semakin stabil dan kesihatannya juga meningkat. – NDTV

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");