Berita Hari Ini

Tiada Rampasan Di Kediaman Keluarga Najib – Peguam

KUALA LUMPUR: Polis membuat pemeriksaan di kediaman keluarga bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Jalan Eaton di sini, petang Khamis.

Perkara itu disahkan peguamnya, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah.

Menurut beliau, sepasukan anggota polis tiba di rumah berkenaan petang semalam ketika proses pendakwaan terhadap Najib berlangsung di mahkamah.

“Bagaimanapun, saya difahamkan tiada sebarang rampasan dilakukan di kediaman itu,” katanya lapor Bernama.

Najib pada Khamis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas 25 pertuduhan rasuah dan pengubahan wang haram melibatkan sejumlah RM2.282 bilion.

Mahkamah membenarkan Najib diikat jamin sebanyak RM3.5 juta yang akan dibayar secara berperingkat mulai hari ini sehingga 28 Sept.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");