Perak Hari Ini

Perak Hargai Keputusan Kontinjen Futsal Sabah

IPOH:Pihak penganjur Sekretariat Sukan Malaysia (Sukma) 2018 menghargai keputusan diambil pihak kontinjen Futsal Negeri Sabah yang mengumumkan untuk menarik diri daripada pertandingan tersebut hari ini.

Exco Pembangunan Belia dan Sukan Perak, Howard Lee berkata tindakan kontinjen Sabah itu adalah untuk kepentingan semua walaupun ia pastinya satu keputusan yang berat.

Terdahulu Kontinjen Sabah mengumumkan pasukan futsal lelaki dan wanita negeri berkenaan menarik diri daripada Sukma ke-19 selepas salah seorang atlet mereka disahkan positif virus beguk (mumps).

Katanya keputusan ujian Makmal Kesihatan Awam Kebangsaaan Sungai Buloh yang diterima malam tadi mengesahkan atlet wanita berusia 16 tahun itu yang mengalami gejala demam 2 September lalu positif virus beguk.

“Apa jua berlaku tidak kira pingat pergi ke mana-mana kontinjen juara sebenarnya adalah Sabah kerana telah membuat keputusan yang menyakitkan tetapi mengambil kira kepentingan semua pihak Sabah telah membuat keputusan menarik diri,” katanya.

Katanya hasil penelitian dan pemantauan Pihak Jabatan Kesihatan Perak tiada sebarang penularan virus tersebut kepada kontinjen Sabah dalam acara yang lain.

“Mereka telah diasingkan dan setakat ini mereka stabil serta telah diberi rawatan mengikut gejala yang ditunjukkan.

“Saya hanya dapat bayangkan kepedihan itu saya ingin merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada kontinjen Sabah.Kita selaku penganjur akan memastikan layanan terbaik diberikan kepada mereka,” katanya dalam satu sidang media hari ini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");