Perak Hari Ini

Perak Nafi Tak Adil

IPOH: Tuan rumah Sukan Malaysia (SUKMA), Perak menafikan pelumbanya mendapat kelebihan berlatih lebih lama berbanding kontinjen lain di Velodrom Rakyat yang baru siap menjalani kerja penambahbaikan.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia dan Sukan negeri, Howard Lee berkata pelumba Perak hanya digunakan untuk menguji trek itu yang baru sahaja memperoleh sijil homologation daripada Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) untuk membolehkan kejohanan tempatan dan antarabangsa dianjurkan di situ.

“Kami tak dapat pun menggunakan kelebihan berlatih di situ. Kami menggunakan pelumba sendiri bagi menguji trek sahaja selepas kerja membaiki trek dilakukan,” katanya di sini hari ini.

Sebelum ini, beberapa kontinjen meluahkan kekecewaan apabila pelumba mereka hanya dibenarkan menjalani latihan sehari sebelum perlumbaan sahaja berbanding pertandingan lain yang akan memberi peluang  untuk menguji trek sekurang-kurangnya tiga hari sebelum pertandingan.

Lebih mengecewakan mereka apabila pelumba basikal Perak dikatakan mendapat kelebihan untuk menjalani latihan lebih awal.

Howard bagaimanapun menjelaskan beberapa kerja penambahbaikan belum selesai sepenuhnya.

“Pada saat ini, kerja pembaikan trek memang sudah selesai cuma beberapa penambahbaikan di bahagian luar masih dijalankan. Namun, saya pasti ia akan diselesaikan sebelum bermulanya acara (20 September),” katanya.

Velodrom Rakyat yang dibina pada tahun 1984 sebelum ini mengalami kerosakan teruk dan dibaik pulih dengan peruntukan RM11 juta.

“Dalam beberapa hari ini saya akan mengumumkan khabar gembira bagi menangani isu yang berlarutan mengenai Velodrom Rakyat,” kata Howard yang enggan memberikan butir terperinci.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");