Panasnya Hari Ini

PRK Port Dickson Tak Khianat Rakyat

PETALING JAYA – Tindakan mengosongkan kerusi Parlimen Port Dickson bagi memberi laluan kepada Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bukan pengkhianatan terhadap kepercayaan rakyat khususnya pengundi di kawasan tersebut.

Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, pengosongan itu bagi membolehkan Anwar menjadi Perdana Menteri kelapan seperti dipersetujui semua pimpinan dalam PH.

Menurutnya, tindakan itu juga bagi membolehkan Anwar berkhidmat kepada masyarakat seperti dilakukan bekas Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Danyal Balagopal Abdullah.

“Dalam sistem demokrasi, jalan mewakili rakyat ialah melalui pilihan raya dan dalam kedudukan ini ia dibuat dengan maksud khusus bagi melaksanakan ketetapan konsensus (yang dipersetujui parti-parti di dalam PH),” katanya ketika sidang media di Ibu Pejabat PKR, di sini, hari ini, lapor Sinar Online.

Sementara itu, Danyal Balagopal berkata, gelaran pengkhianat agak keras untuk digunakan bagi menggambarkan keputusannya untuk meletakkan jawatan sebagai Ahli Parlimen.

“Saya tidak meninggalkan pengundi saya dengan peletakan jawatan ini.

“Saya akan terus memberikan khidmat kepada pengundi di Port Dickson sebagai mata dan telinga Anwar di lapangan,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");