Perak Hari Ini

“Saya Percaya Rakyat Sudah Maafkan Howard..” – MB

IPOH: Walaupun gagal menepati sasaran 50 pingat emas Sukan Malaysia (Sukma) Perak 2018, namun kejayaan Perak mengekalkan kejuaraan acara bola sepak tiga kali berturut-turut dalam penganjuran temasya sukan dwitahunan itu adalah sesuatu yang amat membanggakan.

Menteri Besar Perak, Ahmad Faizal Azumu berkata kejayaan tersebut bukan sahaja dapat mengubat sedikit kekecewaanya namun ia juga dapat mengubat kekecewaan rakyat Perak seluruhnya.

“Kejayaan kita mempertahankan kejuaraan dalam acara ibu segala pingat emas. Ini sesuatu yang menyeronokkan hati saya.

“Saya juga percaya rakyat Perak sudah memaafkan Exco Howard kerana walaupun gagal capai casaran pingat emas tetapi kita memenangi kejohanan bola sepak tempoh hari,” katanya dengan nada bergurau.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang media di Pusat Media Sukma Perak 2018, di sini, hari ini.

Pada persaingan merebut ibu segala pingat emas pada Khamis, di Stadium Perak, skuad tuan rumah berjaya menundukkan Kedah 2-1 hasil jaringan gol pemain hadapan Perak, Muhammad Alif Safwan Mohd Salahuddin dan Muhammad Asyraaf Mat Pushni.

Sementara itu, dalam sidang media berasingan, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia dan Sukan negeri, Howard Lee Chuan How berkata pada temasya Sukma edisi ke-19 kali ini, sebanyak 6 rekod kebangsaan dicipta dan 59 rekod Sukma telah berjaya diperbaharui.

Ujranya, daripada jumlah rekod tersebut, kontinjen tuan rumah berjaya menyumbang dua rekod Sukma menerusi acara angkat berat dan menembak.

Untuk tambahan, Perak berjaya menduduki tempat kelima dengan 37 pungutan pingat emas, 50 pingat perak dan 55 gangsa.

Kontinjen Terengganu selesa berada di tempat pertama dengan 56 kutipan pingat emas, 51 perak dan 53 gangsa.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");