Perak Hari Ini

Selangor,Terengganu Genggam Emas 100 Meter

IPOH:Atlet Selangor, Muhammad Aqil Yasmin berjaya merangkul emas dalam perlumbaan akhir 100 meter lelaki di Stadium Perak, Ipoh sempena Sukan Malaysia (Sukma) 2018.

Aqil menamatkan saingan dengan catatan masa 10.39 saat, menewaskan atlet dari Negeri Sembilan Muhammad Haiqal Hanafi dengan catatan masa (10.43s) dan atlet Terengganu Muhammad Zulfiqar Ismail dengan masa 10.46s memperolehi gangsa.

Catatan terbaru itu masih belum mengatasi rekod Sukma yang juga rekod kebangsaan milik juara Sukan SEA, Khairul Hafiz Jantan iaitu 10.18s yang dilakukan di Sarawak, dua tahun lalu.

Sementara itu, bagi kategori wanita Azreen Nabila Alias dari Terengganu muncul juara 100m wanita dengan catatan rekod baharu temasya, 11.81s.

Azreen Nabila menewaskan pesaingnya atlet Sabah Chelsea Cassiopea Evali Bopulas yang mencatatkan masa 12.17s, manakala gangsa dimenangi Ikma Syaffiera Duris, juga dari Sabah dengan catatan 12.28s.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");