Perak Hari Ini

SPRM Perak Panggil 20 Saksi PAFA, 30 PEKA

IPOH: Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) terhadap isu pengurusan pentadbiran terhadulu Persatuan Bolasepak Perak (PAFA) sedang diteruskan dan sehingga semalam, lebih daripada 20 orang individu telah dipanggil untuk memberi keterangan.

Pengarah SPRM Perak, Datuk Zainul Darus berkata, secara umumnya siasatan menjurus kepada isu penjualan tanah yang dimiliki PAFA.

Walaubagaimanapun, beliau tidak mendedahkan secara terperinci berkenaan siasatan tersebut.

Selain itu, Zainul turut menjelaskan siasatan terhadap Pusat Kerjaya Amanjaya (PEKA) juga turut berjalan seiring dengan siasatan kepada PAFA.

“Sehingga semalam, lebih daripada 30 orang saksi telah dirakam percakapannya.

“Mungkin kes PEKA ini akan selsesai tidak sampai dalam sebulan dan kemudiannya kita akan hantar kepada Jabatan Peguam Negara, untuk diputuskan sama ada wujud kes atau tidak,” katanya.

Jelasnya kesemua saksi tersebut merupakan individu-individu yang terlibat dengan PEKA secara langsung.

Ketika ditanya sama ada akan memanggil beberapa bekas pemimpin berhubung kes itu, Zainul berkata sebarang tindakan harus merujuk kepada keperluan dan keseluruhan siasatan.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Ikrar Bebas Rasuah (IBR) oleh 40 kakitangan Lembaga Perumahan dan Hartanah Perak (LPHP) di Bangunan Perak Darul Ridzuan, dekat sini, pada Khamis.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");