Perak Hari Ini

Sukma 2018: Jalan Sekitar Ipoh, Stadium Perak Akan Ditutup 2 hari

IPOH: Beberapa jalan utama di sekitar Bandaraya Ipoh akan ditutup secara berperingkat, semasa acara raptai dan perasmian temasya Sukan Malaysia (Sukma) Perak 2018.

Acara raptai akan berlansung pada 10 September, bermula jam 4 petang sehingga 10 malam, manakala acara perasmian Sukma Perak 2018 pula akan berlangsung pada 11 September ini pada jam 4.00 petang.

Menerusi satu kenyataan, hari ini, Ketua Jabatan Siasatan dan Pengangkutan Trafik Perak, Supritendan Ahmad Adnan Basri berkata, lencongan dan penutupan jalan adalah tertumpu di kawasan sekitar Stadium Perak.

Jalan yang terlibat ialah, Jalan Ghazali Jawi, Jalan Kompleks Sukan, Lebuh Cecil Rae, Jalan Kamaruddin Isa, Bulatan Stadium, Bulatan Kampung Simee dan Bulatan Dato Lau Pak Kuan.

Lencongan dan penutupan jalan akan dibuat seawal jam 8 pagi.

Jalan Dato Lau Pak Kuan akan dilencongkan ke Jalan Ghazali Jawi dan Jalan Kompleks Sukan (Kampung Simee).

Jalan Kompleks Sukan (Kampung Simee) pula akan dilencongkan ke Jalan Dato Lau Pak Kuan dan Jalan Ghazali Jawi.

Sementara itu, Jalan Raja Ashman Shah ke Jalan Ghazali Jawi pula akan dilencongkan ke Jalan Kamaruddin Isa, Bulatan Stadium dan Jalan Dato Lau Pak Kuan.

Pada masa sama, Jalan Kompleks Sukan, dari Bulatan Stadium dan Lebih Cecil Rae dari Jalan Ghazali Jawi kan ditutup sepenuhnya kepada kenderaan awam.

Hanya Kenderaan tetamu kehormat, bas atlet dan kenderaan seketeriat sahaja dibenarkan.

Jalan Raja Ahsman Shah ke Jalan Kompleks Sukan juga turut akan ditutup.

Menerusi kenyataan yang sama, polis juga menasihati agar orang ramai yang ingin menyaksikan acara perasmian Sukma Perak 2018, khususnya yang melalui lebuh raya PLUS dari arah utara, disaran untuk merancang perjalanan mereka kerana dijangka aliran trafik akan sesak, ekoran cuti panjang sehingga 11 Septermber ini.

Dalam pada itu, orang ramai juga boleh meletakkan kenderaan mereka di sembilan lokasi yang dikhususkan untuk ruang kenderaan awam.

Antaranya ialah Taman Rekreasi Sultan Abdul Aziz (Padang Polo), Pejabat Pendidikan Daerah, Taman Dr Seenivasagam, Bangunan Angkatan Pertahanan Awam Ipoh, Dewan St. John Ambulance, ruang parkir berhadapan Klinik Kesihatan Greentown, Medan Istana.

Ruang parkir motosikal turut disediakan di kawasan Dewan Bulan Sabit Merah dan Velodrome Rakyat.

Difahamkan juga perkhidmatan ‘shuttle’ turt akan disediakan penganjur bagi memudahkan pergerakan orang ramai ke lokasi utama perasmian Sukma Perak 2018.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");