Perak Hari Ini

Sukma Dipenuhi Semangat Kesukanan Dan Persahabatan

IPOH:Menteri Besar Perak, Ahmad Faizal Azumu menyifatkan penganjuran Sukan Malaysia (Sukma) ke-19 hari keenam telah berlangsung dengan penuh semangat kesukanan dan persahabatan.

Malah katanya, kesemua atlet dan pegawai kontinjen telah menunjukkan semangat kesukanan yang cukup tinggi.

Beliau berkata demikian semasa menyampaikan ucapan pada Majlis Makan Malam Sukma ke-19 di Casuarina@Meru hari ini.

Hadir sama Menteri Besar Selangor Amirudin Shari dan Exco Belia dan sukan Howard Lee.

Faizal mengakui Perak selaku tuan rumah berusaha sebaik mungkin mengatasi kesemua kekurangan dari segi penganjuran termasuk berkaitan masalah penginapan yang dilalui para atlet baru-baru ini.

“Saya bersyukur dengan perjalanan pertandingan selama lima hari pertama ini kalau ada pun mungkin satu insiden acara karate dan silat terlepas masuk ke dalam pertandingan bola sepak saya anggap itu kejadian terpencil.

“Maklumlah adat pertandingan semua mahukan kemenangan dan kadang-kadang berlaku insiden tidak dapat mengekang emosi,biasalah anak muda memang pantang dicuit.

“Kita akui ada kekurangan sedikit sebanyak di sana sini contohnya penginapan atlet tetapi kita telah mengambil langkah untuk membetulkan keadaan secepat mungkin, Alhamdullilah semua terkawal,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");