Perak Hari Ini

Sukma Perak 2018: Aksi Pembukaan Hoki Lelaki Sekadar Seri

IPOH: Skuad hoki lelaki Pulau Pinang hanya selesa berada pada kedudukan seri 2-2 ketika berentap dengan Melaka pada aksi pembukaan hoki lelaki Kumpulan A, temasya Sukan Malaysia (Sukma) Perak 2018, hari ini.

Dalam perlawanan yang diadakan di Stadium Hoki Sultan Azlan Shah, dekat sini, kedua-dua pasukan dilihat buntu mencari gol pada suku masa pertama apabila Pulau Pinang dan Melaka masing-masing gagal mencari jalan untuk menembusi benteng pertahanan masing-masing.

Namun, Melaka kemudiannya berjaya membuka tirai jaringan pada suku masa kedua, menerusi pukulan penalti sudut Mohammad Aliff Syazwan Noorshah pada minit ke-27.

Rentak permainan skuad bumi Hang Tuah itu kemudiannya terus beraksi rancak apabila Muhammad Zul Rasyad Izzat Hilmie Mohd Muhaidin menghadiahkan hantaran gol padang pada suku ketiga, minit ke-43.

Pulau Pinang seterusnya bangkit pada suku masa keempat apabila Muhammad Amirul Hamizan Azahar berjaya menghadiahkan pukul penalti sudut buat pasukannya pada minit ke-54.

Pukulan penalti oleh Muhamad Faris Harizan pada minit ke-58 kemudiannya menyamakan kedudukan pasukannya dengan Pulau Pinang.

Pulau Pinang bakal bertemu Johor pada pada persaingan penentuan Lelaki Kumpulan A pada esok manakala Melaka akan berentap dengan skuad Negeri Sembilan pada Sabtu.

Sementara itu, dalam aksi keempat wanita Kumpulan A, skuad Pulau Pinang pula berjaya mengatasi Sarawak 1-0 menerusi jaringan penalti sudut oleh Siti Nur Atika Shaikh Maznan pada minit ke-11.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");