Perak Hari Ini

Sukma Perak 2018: Hoki Wanita Wilayah Persekutuan Terus Pamer Aksi Terbaik

IPOH: Kejayaan skuad hoki wanita Wilayah Persekutuan dalam menundukkan Pahang pada perlawanan kelmarin diteruskan apabila berjaya menundukkan skuad hoki wanita tuan rumah, 4-1, dalam saingan Kumpulan B, Sukan Malaysia (Sukma) Perak 2018, hari ini.

Acara yang berlangsung di Stadium Hoki Sultan Azlan Shah, di sini, memperlihatkan Qasidah Najwa Muhammad Halimi dari Wilayah Persekutuan, berjaya menjaringkan gol menerusi pukulan penaltinya pada suku pertama permainan, minit ke-13.

Pertahanan skuad Perak dengan mudah dibolosi apabila Nur Zafirah Aziz berjaya menghadiahkan gol padang pada minit ke-16.

Qasidah sekali lagi muncul sebagai wira skuad Wilayah Persekutuan setelah berjaya menghadiahkan gol kedua buat pasukannya menerusi pukulan penalti sudut pada minit ke-32.

Semangat Qasidah kemudiannya diteruskan Nur Faten Nadirah Ismail apabila dia berjaya menjaringkan gol padang pada minit ke-42.

Skuad Perak hanya berjaya memperoleh satu mata menerusi gol padang yang dilakukan Nurul Aniz Najwa Ahmad Zabidi pada minit ke-58.

Perak boleh cuba membantu kontinjen meraih mata dengan memperbaiki aksi perlawanan mereka ketika bertemu Pulau Pinang esok.

Sementara itu, dalam perlawanan berasingan hoki wanita kumpulan B, Selangor berjaya menundukkan Pulau Pinang 2-0 dan Pahang pula berjaya mengatasi Sarawak 2-1.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");