Perak Hari Ini

Sukma Perak 2018: Pasukan Badminton Wanita Perak Mara Ke Final

IPOH: Momentum yang ditunjukkan pasukan badminton wanita Perak semenjak pembukaan perlawanan diteruskan dan membuahkan hasil apabila berjaya mara ke peringkat akhir selepas menewaskan Negeri Sembilan 4-1 dalam saingan separuh akhir badminton berpasukan wanita Sukan Malaysia (Sukma) Perak 2018, hari ini.

Acara yang berlangsung di Arena Badminton Amanjaya, Kompleks Sukan Majlis Bandaraya Ipoh (MBI), dekat sini itu dimulakan dengan perlawanan antara pemain perseorangan tuan rumah, Lee Ying Ying dengan Vanessa Ng Po Lyn.

Ying Ying yang membantu Perak menewaskan Johor pada perlawanan yang lalu nyata lincah beraksi apabila dengan mudah menundukkan lawan dengan kutipan mata 21-11 dan 21-13.

Kemenangan itu seterusnya memberikan semangat buat pemain perseorangan kedua Perak, Eoon Qi Xuan ketika mententang Karina Lim Shu Yi.

Dengan mudah Qi Xuan meraih mata 21-7 dan 21-9.

Qi Xuan kemudiannya turun ke gelanggang bersama Valeree Siow Zi Xuan bagi menentang pasangan beregu Negeri Sembilan, Ngan Suk Jin dan Nur Azlinda Azlin Hassim.

Skuad beregu tuan rumah menggunakan sepenuhnya kelebihan beraksi di halaman sendiri apabila berjaya mengutip mata 21-12 dan 21-13.

Desiree Siow Hao Shan yang sebelum ini pernah beraksi bersama Qi Xuan mentang Johor, hari ini turun ke gelanggang sebagai pemain perseorangan Perak, menentang Negeri Sembilan yang diwakili Low Yeen Yuan.

Pada set pertama, Desiree dilihat selesa berada di gelanggang apabila berjaya meraih kutipan mana 21-17.

Yeen Yuan ternyata tidak berdiam diri apabila pemain berusia 16 tahun itu cuba bangkit menghadiahkan mata buat pasukannya dengan kutipan mata 21-19 di set kedua dan 21-16 di set ketiga.

Selangor yang berjaya mengatasi Kedah 3-1 dalam aksi separuh akhir berasingan bakal bertemu Perak petang esok.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");