Perak Hari Ini

Tak Capai Sasaran Pingat Emas, Perak Tetap Berbangga Dengan Pencapaian Atlet

IPOH:Biarpun Perak gagal mencapai sasaran 50 pingat emas pada penganjuran Sukan Malaysia (Sukma) 2018 namun kesungguhan atlet tuan rumah harus diberikan pujian, kata Menteri Besar Perak, Ahmad Faizal Azumu.

Malah katanya, Sukma bukan hanya satu acara sukan sebaliknya setiap atlet negeri ini telah menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi sewaktu bertanding, patut diberi keutamaan.

Beliau bagaimanapun mengakui berasa dukacita apabila sasaran pingat emas itu tidak dapat dipenuhi selaku tuan rumah bagi Sukma 2018.

Terdahulu setakat 12 hari pengajuran Sukma, Perak berjaya merangkul 138 pingat iaitu 37 emas 50 Perak dan 51 Gangsa.

“Saya berbangga semua atlet telah menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi waktu mereka bertanding dan itu yang jauh penting.

“Bagi negeri Perak sehingga hari penutup kita telah berjaya menjadi tuan rumah yang baik kerana rata-rata kontinjen memuji layanan diterima mereka di negeri ini sepanjang penganjuran Sukma.

“Saya berbangga dengan para atlet kerana bertanding dengan semangat kesukanan dan ini peluang melibatkan semua pihak dalam acara sukan,” katanya ketika ditemui media selepas sesi wawancara bertajuk Masa Depan Malaysia Baru yang turut dihadiri Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman pada Jumaat.

Katanya lagi, sekiranya pulang dengan pingat atau tanpa sebarang pingat adalah perkara kedua sebaliknya perasaan bangga terhadap pencapaian atlet menjadi keutamaan.

Malah katanya, pendekatan bagi menganjurkan Sukma di setiap daerah juga telah mengalakkan rakyat untuk keluar menyaksikan acara sukan tersebut.

“Sambutan itu adalah satu perkara baik kerana penganjur telah membelanjakan sejumlah wang yang besar bagi menambahbaik segala kemudahan sukan dan harapkan ia dapat menyemarakkan semangat kesukanan dikalangan rakyat,” katanya.

Katanya satu sesi perbincangan bersama Menteri Belia Dan Sukan akan diadakan dalam usaha menamakan Ipoh sebagai Bandaraya Sukan.

“Kita mahu semangat Sukma terus disemarakkan selepas habis penganjurannya dan mengalakkan rakyat terlibat dengan acara sukan,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");