Berita Hari Ini

Tiga Parlimen Dalam Radar Anwar

PERMATANG PAUH – Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim masih belum memuktamadkan kawasan Parlimen yang akan beliau bertanding bagi membolehkannya menjadi seorang ahli Parlimen.

Menurutnya, buat masa ini beliau sudah mengenalpasti tiga kawasan yang berpotensi, namun enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu.

“Saya dah bincang dengan kawan-kawan. Ada beberapa pilihan terakhir, dalam masa singkat saya beritahu. Buat masa ini belum muktamad.

“Daripada 10 kawasan yang dipertimbangkan dah jadi lapan kawasan, kemudian enam..kini dalam dua, tiga kawasan (untuk dipertimbangkan),” katanya lapor Sinar Harian.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas hadir merasmikan Mahrajan Kafa Interaktif 2018 di Kubang Ulu, Penanti malam tadi.

Dalam pada itu, Anwar mengulangi bahawa dirinya tidak berhasrat untuk memegang apa-apa jawatan dalam kerajaan buat masa ini sebaliknya mahu menumpukan dalam pembaharuan Parlimen.

“Saya sudah berbincang dengan Perdana Menteri (Tun Dr Mahathir Mohamad) supaya beri ruang pada saya tumpu untuk seketika pada parliamentary reform.

“Parlimen tidak boleh ada ‘rubber stamp’ perlu ada ruang, ada ‘committee’ seperti kerajaan Pakatan Harapan mulakan sekarang, saya perlukan waktu sikit duduk di Parlimen,” katanya

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");