Berita Hari Ini

Tunggakan Bayaran GST, Johari Tegaskan Tiada Apa Disorok

SHAH ALAM – Bekas Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Johari Abdul Ghani antara individu yang akan dipanggil dalam prosiding Tuntutan Tunggakan Bayaran Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) berjumlah RM19.4 bilion oleh Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC).

Menurut Sinar Online, Johari berkata, tidak ada apa-apa yang akan disorokkannya dan beliau akan memberikan jawapan berdasarkan amalan yang diambilnya sebagai bekas menteri kewangan kedua.

Menurutnya, beliau akan dipanggil oleh PAC bagi menjawab segala persoalan mengenai isu tuntutan tunggakan GST berkenaan dan buat masa ini beliau berada di luar negara.

“Saya akan menjawab segala soalan berkaitan isu berkenaan. Buat masa ini saya berada di luar negara.

“Saya hanya akan menjawab berdasarkan amalan yang saya ambil selama saya memegang jawatan bekas menteri kewangan kedua dalam tempoh 21 bulan. Tiada apa yang ingin disorokkan,” katanya.

Terdahulu, prosiding pertama tuntutan tunggakan bayaran GST berjumlah RM19.4 bilion telah dilaksanakan PAC selama dua hari iaitu pada Rabu dan Khamis lalu.

Pengerusi PAC, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee berkata, pada hari pertama prosiding, PAC Parlimen memanggil Jabatan Kastam Diraja Malaysia dengan Ketua Pengarahnya, Datuk Seri T Subromaniam hadir bagi memberi penjelasan.

Pada hari kedua, bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Irwan Serigar Abdullah bersama Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Dasar) yang mewakili Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Datuk Siti Zauyah Md Desa, hadir memberi penjelasan mengenai isu yang sama.

Prosiding akan diteruskan pada 25 September ini dengan memanggil Mantan Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah serta Datuk Seri Johari Abdul Ghani bagi memberi keterangan di hadapan PAC Parlimen.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");