Jenayah

Warga Emas Antara 15 Penagih Ditahan

KUALA KETIL – Seorang warga emas antara 15 penagih ditahan dalam operasi Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dan polis, kelmarin.

Ketua AADK Daerah Baling, Mohamad Nasir Md Radzi berkata, kesemua suspek ditahan di sebuah kebun kelapa sawit itu dibawa ke Pejabat Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Baling bagi tujuan dokumentasi.

Menurutnya, 14 daripadanya didapati positif dadah jenis opiat.

“Mereka akan disiasat di bawah Seksyen 3(1) Akta Penagih Dadah (Rawatan & Pemulihan) 1983 dan akan ditahan di Pusat Tahanan Reman AADK,” katanya, lapor Sinar 0nline.

Beliau berkata, seorang lagi suspek diserahkan kepada polis untuk siasatan kes di bawah Seksyen 39A Akta Dadah Berbahaya 1952.

Katanya, AADK dan polis sentiasa komited memperkasakan operasi bersepadu dalam membendung aktiviti penyalahgunaan dadah di Baling khususnya serta menahan pengedar dadah masih bebas.

“Bagaimanapun peranan keluarga dan komuniti tetap menjadi tunjang bagi melahirkan anak bangsa yang mengamalkan gaya hidup sihat.

“Penagih dadah juga perlu diberikan rawatan kerana penyakit ini lebih kronik jika terus dibiarkan dan boleh menjadi virus kepada mereka belum terlibat khususnya ahli keluarga sendiri,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");