Perak Hari Ini

Gua Naga Mas Akan Ditutup Sementara

GOPENG – Gua Naga Mas yang terletak di Gunung Pua, dekat sini, diarahkan tutup buat sementara waktu bagi membolehkan kerja-kerja penyelidikan dijalankan susulan penemuan rangka fosil di kawasan itu baru-baru ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Negeri Tan Kar Hing berkata setakat ini kerajaan negeri telah mengambil dua pendekatan segera bagi memastikan tapak tinggalan sejarah tersebut terus terpelihara.

 

“Gua Naga Mas akan ditutup bermula esok sekurang-kurangnya tiga bulan terutamanya di kawasan rangka fosil supaya tiada seberang kerosakan serta kecurian terhadap rangka tersebut.

“Kerajaan negeri akan menubuhkan satu jawatankuasa teknikal di bawah Majlis Penasihat Geopark untuk mengkaji kejadian sebenar fosil yang terdedah di bahagian gua serta membuat satu perancangan terhadap tinggalan sejarah itu,” katanya semasa mengadakan lawatan kerja di gua tersebut pagi tadi.

 

Terdahulu, Kar Hing berkata, pada tahun 2014, Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) Perak telah mencalonkan Gua Naga Mas sebagai salah satu kawasan geotapak di bawah Geopark Lembah Kinta kerana mempunyai fosil vetebrata yang jarang ditemui.

Lawatan kerja tersebut turut dihadiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif Pelancongan Perak, Zuraida Md. Taib dan Pengarah JMG Negeri, Datuk Ahmad Zukni Ahmad Khalil.

Selain itu, Kar Hing berkata, walaupun terdapat aktiviti keagamaan, perkilangan dan pembangunan yang berterusan disekitar Gunung Pua, pihak kerajaan telah memaklumkan terlebih dahulu kepada Persatuan Penganut Agama Budha tentang penutupan sementara gua tersebut.

“Pihak persatuan telah bersetuju untuk menutup sementara gua dan menghentikan sebarang aktiviti pembangunan di sekitarnya.

“Notis untuk menjalankan aktiviti peneyelidikan dan kajian diserahkan bermula 9 Oktober.

“Dengan penemuan ini, kemungkinan fosil tersebut akan menjadi salah satu tinggalan sejarah terbaru di negeri Perak,”katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");